hari ini hari sabtu. semalam hari krismas. esok hari ahad. esok juge hari jadi leman teman skandal. haha.
selalunye
(ok, kalau terbangun awal la. hehe.) pada hari hari ahad, kami
(x semestinye 4 orang ni je eyh, zola ngan monmon pun penah join kitorang meh) akan ke tasik titiwangsa awal2 pagi. dalam pukul 7 plus minus gitu. baju mengikut tema. hari itu, tema warna ialah biru. maka pagi2 bangun tidur, cari baju biru pakai seluar sukan pakai kasut sukan lalu ke tasik titiwangsa yang depan kolej je. maka sebelum ke parti mambo kena tangkap gambar dulu.
ops! potong muka nat. takpe cube lagi.
ops semula! aksi potong muka nat berjaya dirakam lagi. hensem sungguh hidung dan mulut nat. =)
ok. ok. fine. dah cantek da. ok. dah dapat rentak. mari bercamwhore lagi.
gile putih pucat muka. camera hp mungkin terdetect orang yang baru bangun tido lalu menjadikannya seperti snow white. semoga apple beracun boleh dihilangkan bisanya dengan menambah askem vanilla. ok. merepek.
aksi stunt cucuk hidung. tangkapan nelayan nathirah dengan camera hp sony putih kerempeng saye sungguh berjaya.
so, ni dia parti yang dikatakan. mase ni datang awal tak ramai orang lagi. inilah astaka tasik titiwangsa. mari datang beramai2 setiap ahad better datang around 7 pagi. kengkadang start pukul 7.30 kengkadang pukul 8.
ok. bukan parti mambo. tapi senam robik atau perkataan pendeknya, aerobik. ia akan diconductorkan oleh seorang abang fitness dengan kawan2 nya kat belakang yang mengfollow pergerakkannya. abang2 dan kakak2 fitness ni diimport oleh dbkl dari majlis kecergasan negara untuk beraerobik di astaka ini setiap hari ahad selama lebih kurang 1 jam 30 minit ke 2 jam atau sampai matahari naik. FOC. oleh itu mari gunakan mereka. hehe.
nampak macam sikit sebab mase ni belum ramai lagi. bile aerobik dah start dah tak dapat dah nak tangkap gambar. dengan one two three pap. one two three pap. tangan naik atas turun bawah, kaki ke depan ke belakang. mambo2 samba2 bagai dah tak dapatnye nak gune tangan amik hp nak snap gamba.
lagi satu, kitorang suke duduk beraerobik kat depan. datang lambat ke cepat ke nak jugak duduk depan. sape suruh tanak penuhkan depan. kitorang isi je la.. hehe.. tapi percaye la setiap kali sesi, penuh satu gelanggang, sampai mencurah2 sehingga ade yang duk aerobik bawah2 pokok. serious. kl sihat bebeh!
ok. selepas penat beraerobik dan membakar kalori, mari kita bercamwhore lagi. kali ini tangan nat lebih jitu. tangkap je terus masuk semua.
aksi seksi pejam mata oh aku tergoda. muka dah fit semua nih. kecuali saad. die seksi. =P
aksi mari tongkat dagu atas kepala.
yang ini minggu lain pulak. setiap minggu ade tema kaler. minggu haritu biru. kali ni maroon pulak. tema kaler akan diberitahu setiap kali habis aerobik oleh abang fitness. kalau tak tau, belasah je kaler ape. takde sape kisah.
oleh itu esok ade aerobik lagi. maka insya allah dengan kudrat yang ade untuk bangun tidur pagi gosok gigi cuci muka pakai baju, kami akan ke tasik titiwangsa semula untuk parti mambo. kenape mambo? sebab abang fitness sangat suke buat aksi mambo. "mambo, mambo, turnnnn, ok. mambo, mambo, turnnnn, ok." hehe..
jom ke tasik titiwangsa setiap ahad, dalam pukul 7 camtu. baju sukan bukan baju mandi. untuk esok, kitorang pun tau tau kaler ape sebab minggu lepas tak pegi. hehe..
ok. mari nyanyi lagu ~ ke arah malaysia cergas, yeah!!
oh. student ktsn kesayanganku, jika anda membace ini, marilah kite berfitness bersame2. selain berjogging dan bersiar2 serta ber-4KL, kite juge boleh beraerobik ye kawan2. yeay! =)